♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 20 Mei 2011

HENNA hand



Salam

post pendek

Alhamdulilah saya dah jumpa org untuk menginaikan saya pada malam berinai 3jun 2011 ini. Pada awalnya memang dah give up nak cari sebab tau memang dah tak sempat lagi nak cari area lembah klang ini.kebanyakkan yg jumpa tak terlalu merah henna n design yg simple serta pengakutan untuk dtg berinai ke rumah tak ramai yg ambil,kebanyakkan dtg berinai di kedai saja.

Susah bila dtg berinai di kedai sebab kita tidak akan selesa,nak nak pula sukar untuk bergerak dan tidak dapat merasa kehangatan mlm berinainya. Berbanding berinai di rumah,kita dapat melepak,bergurau senda dgn kaum family,kekawan dan juga pelukis henna. dapat merasa kehangatan malam berinai bila kaum kerabat juga melibatkan diri untuk join berinai sekali sampai lewat malam.

Saya dapat kenalan pelukis inai ini dari rakan fb saya yg saya dah anggap macam akak saya,sebab selalu ambil stock barang make-up dari dia. Jadi dia kenalkan saya dgn sepupu dia yg merupakan seorang pelukis henna yg saya pangil kak nadia. Jadi saya mula tgk blog kak nadia,first saya pandang ialah design yg di buat. Saya jatuh hati dgn warna n design yg kak nadia hasilkan,memang menarik hati saya. Kemudian baru saya tgk info,kebetulan kat situ kak nadia sertakan contck number,tanpa buang masa saya terus msg kak nadia n kak nadia pun on untuk melukis henna time berinai saya nanti,Alhamdullilah,harga sangat berpatutan,caj pengakutan ke klang amat berpatutan,serta pakej yg di berikan pun amat berpuas hati. InsyaAllah wekend ini saya sertakan deposit pada kak nadia untuk boking serta emaikan design yg saya pilih.

Selesai satu masalah yg pada awalnya sudah berputas asa =)




Note : pada bakal pengantin yg masih lagi mencari,boleh tengok design kak nadia di blognya http://nedhenna.blogspot.com pasti anda akan jatuh hati dgn design dan kemerahan warnanya

Tiada ulasan: