♥ Our Special Moments ♥

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 6 Mei 2011

Misi Raja Sehari Part 2



Salam

Malam ini saya tak dapat nak tidur gara gara petang tadi saya semalam saya dah tidur sepuas puasnya. Nah ambik sana terus malam tak dapat dan terus menganggu mr boo tidur dengan mengajak sms sampai saya tidur tapi habuannya,tak sampai 1jam mr boo dah lena di buai mimpi agaknya samapai sekarang masih tak reply sms saya. Huwaaaa sedihnya!

1. Bilik Pengantin
Bila dah tak boleh tidur,Mulalah buat keja gila yang tak pernah dibuat org tgh2 pagi macam ini. Saya ambil keputusan untuk mengeluarkan segala apa yang ada dalam bilik ini untuk saya m'touch up sedikit cat pada dinding bilik yg ada kesan putih putih. Memandangkan sabtu ini perabot sampai,sesi mengemas , mengdeko , bilik pengantin pun akan dijalankan. Dengan menggunakan baki baki cuti yang ada untuk menguruskan sedikit demi dikit mana yang belum di uruskan lagi di rumah ini jadi saya ambil peluang ini dengan sebaik baik mungkin




" Wayar Air-cond yang terkeluar dan mencacatkan pemandangan.
Sabtu ini baru nak pasang cover wayar tu,sebenarnya tak tahu apa namanya jadi saya pangil cover wayar saja. "

" Tada dah bersih dan hilang box mekap dan cermin saya.
 Hehehe tingal speaker saja yang belum angkat sebab nak dgr lagu,esok baru nak bawa keluar takut kena cat nanti "

" Ruang pintu masuk yang dah dikeluarkan segala khazanah khazanah saya. Sebenarnya ruang kosong tu ada karpet bulu bulu tapi saya dah alihkan keluar. "

" Inilah karpet bulu bulu saya. Hehehe beratnya jangan ckplah!
Saya sorang saja yang tarik ke ruang tamu -sile percaya okey- "

 Jadi esok lepas sarapan dah bleh mulakan operasi mentouch-up kembali dinding bilik. Banyak kerja yang harus dibuat sekarang.



2. Bunga Manggar

Lagi kerja susah diambil walaupun sudah ada jual yang dah siap tapi kenapa haru beli yang belum siap? Okey begini ceritanya, Saya ada tanya pada org kedai tu " kalau beli bunga manggar yg dah siap ada berapa,jadi dia ckp ada 10 " okey saya tanya lagi " kalau beli yg belum siap boleh dapat berapa,jawapannya ialah 13 atau 14 " Lepas tu saya berfikir, Saya cuba ambil yg belum siap dan saya cuba juga untuk membuat bersama dgn Yana. Pada awalnya memanglah tak berapa cantik dari segi gulungannya







" Hasil pertama tidak menjadi "

" Tadaa! Inilah hasil kedua yang telah siap "

Note; bungga manggar siap 1paket "10pcs" - RM 4.50
          bungga manggar belum siap 1paket boleh dapat " 23pcs" = 1paket RM2.50


3. Bunga Rozek / Bunga Penanggah

Ingat lagi post lepas mengenai bunga rozek. Kemarin lagi dah siap bunga ini tapi cuma saya tak postkan lagi saya dalam blog. Buat tak banyak sangat sebab tolak dari ahli konvoi belah pihak lelaki. Mr boo ada buat something untuk ahli ahli konvoinya. Cerita mengenai ahli konvoi dan apa something tu dalam post akan datang okey.







4. CupCakes

Nak sentuh sikit pasal cupcakes choco. Yummy! Sedap sedap, Sebenarnya oder dari akak sepupu jer yg ade buat bisnes cupcakes dan deco clip rambut , etc. Saya oder untuk kenalan kenalan dan juga kaum keluarga belah lelaki. Alhamdulilah cup choco kak ita memang sedap, Sebenarnya masa saya bertunang dulu,saya ada oder juga untuk tetamu menjamu sedikit dengan santapan minum petang. Jadi kalau anda nak oder boleh tgk kat FB  Bibi SaiNur atau  D'Jari Nur






5. Kenduri Kendara

30/04/2011 saya dan mr boo sempat memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan kawan mr boo di shah alam dan puchong. Memandangkan masa kami amat padat pada waktu tghari dengan temujanji, kami sempat juga pergi kedua dua majlis ini walaupun dalam lambat sedikit. Tapi saya tertarik dengan decoration pada pelamin ketika berada di dewan jenjarum MBSA. Alhmdulillah, kedua dua majlis meriah sekali. Saya tak sempat nak snap gambar keseluruhan majlis di dewan Shah Alam tu sebab mata saya dah tertumpu pada pelamin yang cantik tersergam di atas =)



" Inilah pelaminya - tema merah putih "


" Doorgift yg simple "


Tiada ulasan: